Khamis, 15 September 2011

TERUBATLAH HATI

Ahmad Harun

gerobok buruk menyimpan cawan
ambil sebiji mengisi nira
biarlah buruk wajahnya tokwan
pada sahabat tumpang gembira

air disawah diredah-redah
berkat usaha ditanah bendang
luka di hati terubatlah sudah
kawan mula sudi bertandang

jika pergi ke Bukit Keriang
benih padi didalam gantang
nampaknya hati dah mula riang
teman berpantun berkunjung datang

kuang menangis di tepi lata
telurnya habis dimakan kera
mata berjaga mengarang cerita
meluahkan rasa hati  sengsara

bendang luas bertanam padi
tempatlah makan itik serati
terima kasih pada yang sudi
kalian semua sahabat sejati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan