Jumaat, 16 September 2011

TIADA PENYERI



tepi  sempadan  bertanam  jati
 tengah-tengah si kebun jagong
darilah ku   hidup  biarlah  mati
duka  derita azab ku tanggong

bunga kiambang di Lubuk Pari
tumbuh melata  di tepian perigi
hidup   seorang   tiadalah   seri
ke  tempat jauh rasa nak pergi

Tanjung Puteri di Lubuk Pekan
saujana indah cantik menawan
bagaikan  hilang selera makan
sejak  kau tiada sudi berkawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan