Khamis, 15 September 2011

MENGHARAP KESETIAAN TEMAN


Ahmad Harun

air di sawah diredah-redah
berkat usaha ditanah bendang
luka di hati terubatlah sudah
kawan mula sudi bertandang

jika pergi ke Gunung Keriang
belikan beras barang segantang
nampaknya hati dah mula riang
teman berpantun berkunjung datang

anak kerbau patah tanduk
ditimpa batu ditepi permatang
tokwan kini tersenyum tunduk
sudah ramai berkunjung datang

anak ayam disambar helang
entah kemana dibawa pergi
bukan takut kekasih hilang
bimbang sahabat berdiam lagi

di tepi paya memasang taut
berumpan anak sepilai laga
manakan tenang air di laut
ketika surut berkocak juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan