Isnin, 18 Jun 2012
Isnin, 11 Jun 2012
Ahad, 10 Jun 2012
DUHAI SAHABATKU ~ PELAKUAN JADI SENDAAN
Apabila bait-bait lirik lagu lama
lapuk lusuh didendangkan semula
terhidang setiap detik dan masa
tanpa mengira hari dan ketika
kejujuran tiada lagi bermakna
keikhlasan bias dipandang mata
pun jelak telinga mendengarnya
mulut hanya diam tidak bersuara
madah berbunga bak kata pujangga
memaksa diri untuk dipuji dan puja
umpama tiada sumbang semuanya
biar bengkok nampak lurus belaka
ruang langit semakin luas terbuka
bertambah lebar tanpa sekatannya
setiap tingkah laku menerjah mata
membusuk maruah menggadai jiwa
ungkapan bersambut tari bergema
alunan gendang menyapa irama
kalut badai rentak membuak gila
jadi bahan jenaka ketawa senda
diri megah berani gagah perkasa
di gelanggang maya bebas bicara
membingkas tangkas bersilat kata
jika berdepan bisu seribu bahasa
Khamis, 7 Jun 2012
Rabu, 6 Jun 2012
Selasa, 5 Jun 2012
Isnin, 4 Jun 2012
Ahad, 3 Jun 2012
Sabtu, 2 Jun 2012
PERTARUNGAN SI AYAM LAGA
Bertarung pendekar di gelanggang tak rata
panglima bertaji bebas megah melangkah
lawan pendekar desa hanya baru berkuku
kaki sebelah dipasung kepak pula dikilas
manalah sanggup dihempas dan ditindas
petaka datang sempat dielak jua berbalas
Panglima sombong tangkas melompat
cakar meragas sumbang membias tepat
bertahan pendekar terikat berjiwa hebat
beranjak tapak himpun segala kudrat
kukuh tegak tika diserang masih berdiri
mengerah daya menangkis tiada henti
Biar dirempuh namun hati gagah perkasa
berkobar semangat waja merah bernyala
walau pedih derita menahan siksa terluka
berjejak tempang namun terus berjuang
biar rebah terlantar pantang kecundang
membara jiwa lakar kejayaan cemerlang
Selagi ada nyawa dan getar denyutan nadi
darah merah terus mengalir di urat sendi
mata hati terbuka meningkah gerak geri
masih termampu berkokok kental berani
kejatian diri melamar sudi menabur bakti
teruskan perjuangan di medan nan sakti
MENGHARAP GERIMIS MEMADAM RAGU
Menerjah kesunyian malam
bertapa di penjuru kamar gelita
hati teruja sayap rindu menerpa
melambai seribu satu kenangan
menusuk sepi menyapa hiba
irama sebak membuak di dada
rentak sedu mendamba jiwa
alunan pilu menganggu lena
dendangan gundah meresah mimpi
menuba igauan semakin berapi
entah bila berakhir ceritera derita
setelah berkali-kali memujuk diri
dendam masih menyala bara
membakar celaru mengharu biru
semoga gerimis memadam ragu
Jumaat, 1 Jun 2012
Langgan:
Catatan (Atom)