Isnin, 12 November 2012

BAYANGAN KEBENARAN DI SEBALIK KERAGUAN


Kekadang naluri ku berkisah tentang mu
mungkin ada bayangan kebenaran dan keraguan
di sebalik telahan ku dalam kesamaran

Tiada angin tidaklah dahan bergoyang
kekadang dahan patah dedaun pun melayang
jika tiada apa tidakkan rendah tempua bersarang

Tiap detik denyutan nadi dan benak hatiku
ada terpahat kecelaruan sikap dan bicara
antara benar ada tipu dalam betul ada palsu

Biarlah aku bermadah helah dalam seribu makna
segala ku pendam resah dalam beku hati berbungkah
janganlah aku dipersalahkan menuduh diri mu tersilap langkah

Selasa, 6 November 2012

KEKASIH HATI KU



Adakah itu suara hati mu
bersama deruan angin lalu
jika itu adalah rindu mu
akan ku resapi dalam jiwaku

Adakah itu senda tawa mu

bersama ombak berlagu
andai itu adalah kegembiraan mu
bahagia mu adalah jua bahagia ku

Adakah itu sinar mata mu

bersama kerlipan bintang beribu
kiranya itu adalah pancaran kasih mu 
ku jadikan hiasan mimpi lena ku

Adakah itu resah jiwa mu

bersama titisan embun membeku
kalau ia adalah rintihan sendu 
biar ku jua turut menangis bersama mu 

Ahad, 4 November 2012

RINDULAH RINDU



Malam bertambah sunyi
angin dingin masih berhembus
menyelinap ke ruang kamar sepi
hujan masih belum reda
menambah duka resah di jiwa

tika mata semakin kelam
fikiran bertambah layu
bertandang pula rindu
ingin sahaja aku menerpa
tapi tiada siapa sudi menyapa

Khamis, 1 November 2012

UBATI RINDU KU


Titisan embun beku berjatuhan 
di keheningan subuh dingin
bersama hembusan bayu menerpa
bagai jari mu membelai lembut rambut ku
tanpa disedari airmata berderai di pipi

saat itu aku terkenang akan diri mu
tika melambai mesra tanda perpisahan


masih terbayang senyuman manis mu
sebelum berlalu meninggalkan daku
terkapai-kapai dalam keresahan
terasa kesepian keseorangan ditinggalkan
menambah resah pilu dan sendu
menanti hadir mu kembali
agar terubat hati lara dan rindu