Jumaat, 16 September 2011

BUAT RENUNGAN




anak-anak pergi mengaji
selepas mengaji diajarkan zikir
sungguh pandai tuan menguji
sampai tewas otak ku memikir

berantaikan emas bersalut suasa
beragguk tembaga ukiran rata
pangkat di dunia hendakkan kuasa
di akhirat masih kelam di mata

pergi kebun mengutip lada
ditanamlah orang di tepi lata
bukan tak kuat ilmu didada
dik wang ringgit kelabu mata

berhela panjang ketika lesu
berlari ke kedai membeli bilis
iman tersungkur mainan nafsu
ketawa mengilai syaitan iblis

petang hari kekebun lada
laluan semak perlu diredah
ilmu dan iman penuh di dada
suruhan tuhan diambil mudah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan