Jumaat, 16 September 2011

RINDU SERINDUNYA



mekar bunga di dalam pasu
pecah berderai ditimpa kelapa
mengapa kelu diam membisu
hanya lalu tidak menyapa

rimbun menegak di tepi lata
pohon nangka juga cempedak
lama menyepi tiada berita
bertanya tiada menyapa tidak

tajam belati besi bertempa
buluh berbilah diraut-raut
sudah lama tidak berjumpa
rindu di hati bak ribut di laut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan