Jumaat, 16 September 2011

SALAM KEMAAFAN



hujan malam turunnya lebat
melimpah ruah air di terusan
salam ukhwah semua sahabat
bermaafan kita sesama insan

manis sungguh rasa manisan
lebah madu didalamlah hutan
belum tentu salam di batu nisan
entah berkubur ditengah lautan

belum tentu berbatu nisan
belum tentu berkubur dimana
entah dilaut dimakan ikan
entah dimakan rimau dirimba

bermaafan kita sesama insan
jangan menunggu di hari raya
kalau berkubur berbatu nisan
entah terkubur di perut buaya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan