Khamis, 15 September 2011

SERENDAH JIWA

Ahmad Harun


Menangis pilu si anak beruang
bukit nan tinggi tidak terdaki
kain yang buruk jangan dibuang
buatkan sahaja pengesat kaki

luka di tangan terasa pedih
mana terubat jampi mentera
biarlah hamba saja bersedih
asalkan kawan selalu gembira

di tepi paya memasang taut
berumpan anak sepilai laga
manakan tenang air di laut
ketika surut berkocak juga

di kebun sayur bertanam lada
lada busuk gegak bak sampah
ramai sayang benci pun ada
entah meluat entah menyampah

sambal berlada ikan cencaru
enak dimakan bersama kari
bukannya lama ataupun baru
begitulah ku alami setiap hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan