Rabu, 31 Oktober 2012

MEMBIAS RINDU DI PUJUKAN RAYU



Adakah itu adalah kamu
bertandang menerpa mimpi
atau cuma bayangan palsu 

membadai resah pilu di hati

Andainya itu adalah kamu 
yang mengetuk pintu rindu
kenapa beku kaku membisu
seketika hadir terus berlalu

Terlalu kejamnya diri mu

tegarnya hati membatu
tanpa sepatah menyapa
walau aku di hadapan mata

Biarlah aku begini adanya
tersenyum dalam duka
jika sudah dikau membenci
tidaklah aku ternanti-nanti

FAJAR DAN BAYU MENGULIT RINDU


Tika fajar menyingsing di celahan gunung-gunung biru
mentari perlahan menerjah wajahnya mengusung pagi
kala itu mula terbayang wajah mu di bayang indah
melayang kuntuman mekar senyum di bibir merkah

nun di kejauhan lembah hijau sang bayu menerpa lembut
membelai daun-daun pohon-pohon kedinginan dik embun
begitulah aku nian terlena dalam usapan rindu kasih mu
menggamit segala kenangan menambah resah di jiwa ku

semoga rindu mu itu menyapa setiap hari dan ketika 
biarlah tersisip bayangan mu sentiasa tersemat di dada
maka bertandanglah lagi menghibur sukma jiwa dahaga 
agar hilang rindu pada mu yang terpendam dalam jiwa

hadirlah duhai kekasih pujaan hati dan terpalah daku
usah dibiarkan aku termangu kesepian menunggu
kini sekadar terbayang wajah mu menjelma di dalam mimpi
bertandanglah kerana aku terlalu rindu dikau berada di sisi 

Jumaat, 26 Oktober 2012

SANGKA


SETIA KASIH


BILA HATI MERINDU


RINDU TERKENANG


HAJAT TAK SAMPAI


ANDAI BERTEMU DIRI MU


PADA MU DI HATI TAK PERNAH KU LUPA


BILA KEKASIH MENGHILANG DIRI

SAYU HATI SI PUNGGUK


BUNGA PUJAAN TIDAK BERMADU


BILA HATI SUDAH BERKENAN


MISKIN TERSISIH


HAJAT DI HATI


SENGSARA


NILAI SETITIK JASA


Khamis, 11 Oktober 2012

APALAH DIREBUTKAN




Sebelanga  melimpah  ruah
sepiring  semua  tertumpah
sesenduk habis dibuat kuah
sesudu  habis  pula  diratah
secolek  nak  diambil  kisah
secubit  pula  jadi  berbalah