Khamis, 15 September 2011

MERINDU TEMAN ~



Bunga kembang layu di tepi
dipetik orang yang sedang lalu
manakan hilang rindu dan sepi
asyik terbayang wajahmu selalu

bunga mengharum di dalam taman
kembang berjambak diatas pasu
hamba merintih merindu teman
namun si dia diam membisu

sambung galah tiada berpaku
untuk mengait buah kelapa
apa kesalahan serta dosaku
ketika lalu tak mahu menyapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan