Jumaat, 16 September 2011

TEMAN BICARA




pahitlah lemak si kunyit temu
jadikan penawar barang sesudu
bukan menangis tiada berilmu
menangis hamba kerana merindu
 
pahit lah pahit si pucuk meranti
makan berulam di tengahari
jelingan manja yang hamba nanti
senyum ketawa yang hamba cari
 
buah kelapa hijau bersabut
perahkan santan bawa ke sini
hati terkenang mulut menyebut
teman bicara di teratak ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan