Jumaat, 16 September 2011

BADAI JIWA


   
banyaklah ikan mati tertuba
termasuk anak ikan ketutu
indah syair unggas di rimba
hamba kecamuk di hutan batu

kerana rindu nama mu ku seru  
bagai terasa melambai tangan
sudah dapat kawan yang baru
hamba di sini dilupakan jangan

berkeliaran unggas di dalam rimba
kerana ternampak si ular sawa
pulang sayang kepangkuan hamba
tak tertahan rindu membadai jiwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan