Jumaat, 16 September 2011

SAHABAT BERMESRA


 
air di minum di dalam cawan
nasi sejemput di dalam pinggan
bulan terang dilindungi awan
pungguklah juga jadi meragan

rancak tari gendang dipalu
diiring pula tingkah rebana
badan sakit makan tak lalu
puas merindu tidor tak lena

anak gelama mengumpan pari
anaklah pari si ikan ketuka
sorang kekanan sorang kekiri
bila pula nak mengadap muka

meliang liuk si pohon kelapa
angin bertiup berarak awan
apa salahnya datang menyapa
sudahlah lama kita berkawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan