Jumaat, 16 September 2011

KELUHAN RASA




pergi mengail ikan tenggiri
umpan berisi didalam kotak
apalah malang nasibnya diri
orang dijeling buat tak nampak

pergi mengail ikan tenggiri
di tepian laut dengan perahu
apalah malang nasibnya diri
orang ku pandang buat tak tahu

sang kumbang berhati lara
kerana bunga dihurungii lebah
semoga diri sihat sejahtera
semua yang sakit mula kebah

kalau berakit ke Tanah Jawa
letih bergalah dibulan puasa
sakit datang penawar jiwa
ujian dari yang Maha Kuasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan