Jumaat, 16 September 2011

PADI MENGUNING HAMPA



gelap mendung melitup hari
awan berarak tiada berhenti
patah hati meranalah diri
darilah hidup biar ku mati

di tepi pantai mencari kerang
balik ke rumah dibuat rendang
dalam periuk tanah bertempa
padi menguning di sawah orang
mata hanya seronok memandang
padilah saya menguning hampa

pergi menebang pohon meranti
jatuh menimpa si pokok jati
miskin dimata, miskin di hati
jasad ku hidup di hati mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan