Jumaat, 16 September 2011

RAMBUTAN



Pohon   rambutan   laman  rumah
berbuah  lebat   masak  di  ranting
kau ku pandang bertambah ramah
berkenan  hati   ingin  menyunting

Berbuah  lebat  merah  menyala
selepas   dikait   simpan  d i peti
senyumnya manis umpama gula
bila  terpandang  menawan  hati

Buah   rambutan   di  dalam raga
masaknya   ranum   manis berisi
di  tidor  yang   lena  aku  terjaga
termimpi  adinda  berada  di  sisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan