Jumaat, 16 September 2011

SAHABAT



Cantik di mata ukiran rupa
indahnya  budi  tautan   hati
setia kasih bagaikan saudara
berburuk  sangka jauh sekali

memilih sahabat biar sejati
biarlah  kekal ikatan mesra
kerana  budi  pengikat hati
ikhlas setia sanjungan jiwa

pilih sahabat  mudah  ketawa
waktu  berduka  turut simpati
bantu membantu bekerjasama
tegur  menegur  seikhlas hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan