Jumaat, 16 September 2011

RESAH KU



musnah terbakar rimbunan lalang
sampai  tumbang  si  pohon  sena
andainya adinda tak mahu pulang
biarlah    kekanda    terus   kelana

kebun   berpagar  bertanam  lada
habis   terbakar   dimakanlah  api
siapalah  kekanda  tanpa  adinda
merana  seorang  berteman  sepi

kebun terbakar di sambar pelita
menyala api menyambar semalu
adinda  pergi tak  berkirim berita
resah  kekanda  merindu  selalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan