Khamis, 15 September 2011

PANTUN NUKILAN KU...



puas sudah ku tampi pulut
asyik menampi tepi telaga
puas sudah ku jaga mulut
adakalanya terluah juga

patah ranting dihujung dahan
baik-baik tercucuk mata
sakit pening dapat ku tahan
penyakit rindu bawa derita

dahan patah dik hujan lebat
lalu menimpa pohon perah
luka berdarah dapat diubat
hati nan sakit jiwa yang parah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan