pergi seberang bawa bekal
singgah makan dipekan selasa
disangka dunia sentiasa kekal
tapi di akhirnya hancur binasa
seri bunga hati berkenan
subur di bawah pohon kelapa
dosa pahala jadi mainan
halal haram banyak yang lupa
dahan tinggi unggas bersarang
pohon meranti di tepi telaga
sesat amalan disisihkan orang
kerana berharta disanjung juga
sungguh masam buah remania
kalau dimakan di waktu senja
kerana pangkat dan harta dunia
agama dipandang di sisian saja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan