Khamis, 15 September 2011

PANTUN SELAMBA... JODOH



masuk ke hutan cari berangan
pohonnya banyak jauh di sana
baiklah baik mencari pasangan
tersalah pilih badan merana

tanam jagung di tanah rata
kebun terletak di tepi sungai
harap bahgia bertukar derita
pasangan baru buat perangai


mengail di tasik ikan sesia

pulang rumah diwaktu senja

harap kasih dihujung usia

bahagia jelma sekejap saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan