Khamis, 15 September 2011

ku berpantun selagi-lagi




meliang liuk pohon kelapa
tumbuh liar di pantai Melaka
kenangan lalu jangan dilupa
buat pedoman dihari muka

sayup tinggi terbang helang
bermain angin dicuaca redup
kehendak Tuhan tidak terhalang
sudah menjadi suratan hidup

orang tidor beralas sutera
hamba tidor di tikar mengkuang
biar hidup susah sengsara
asal dihati ku merasa senang

layang-layang terbang melayang
jatuh menjunam di dalam tasik
kalau ku turutkan hati yang sayang
hendak rasanya ku bawa balik
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan