Khamis, 15 September 2011

pantun gurindam hati




kemana terbangnya belalang
tengah padang rumput berduri
kenapa kekasih menghilang
merajuk hati membawa diri

kemana hinggap sang bangau
dibelakang kerbau dan lembu
kenapa hati dah mula angau
sejak isteri tak mengambil tahu

kemana pula kerbau berkubang
ditempat berlumpur ada berair
kenapa abang merasa bimbang

si dara memujuk hati dah cair


kenapa terkukur hatinya lemas
mata terlepas badan disangkar
kenapa abang risau dan cemas
isteri dah tahu rahsia terbongkar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan