Khamis, 15 September 2011

SANG PIPIT TERBANG RENDAH




\
berenang-renang angsa di paya
mati seekor termakan cendawan
sahabat semua senang dan kaya
takkan sudi nak kunjungi tokwan
pahit rasa si kunyit temu
dibuat penawar sakit kepala
tuan kaya di persada ilmu
tokwan miskin bodohlah pula

terbang rendah pipit di bendang
hinggap di ranting siburung ciak
biarlah diri orang tak pandang
merendah diri mengelakkan riak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan