Khamis, 15 September 2011

LANGIT MENANGIS RUMPUT TERSENYUM


di ranting ara si burung balam
sambil berehat pejamkan mata
setelah puas menyinari alam 
mentari merajuk di ufuk senja

berjalan malam si anak musang
habis mati kerana tertembak
laut tak tenang diwaktu pasang
pantai sebak di pukul ombak

terkejut murai dipohon rambai
dahan menimpa si pokok kari
daun kelapa letih melambai
ditiup lah angin setiap hari


Tiada ulasan:

Catat Ulasan