Khamis, 15 September 2011

syair hidup berkawan



hidup di dunia biar berkawan
janganlah suka duduk sendirian
jiwa tak tenang hati pun rawan
resah jiwa bak diseliputi awan

bila berkawan janganlah sombong
agar diri selalu orang menyanjung
tali persahabatan terus bersambung
ramai berkawan diri beruntung

dalam berkawan perlu setia
kawan-kawan rasa bahagia
jagalah hati ketika bersama
di masa lapang selalulah jumpa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan