Khamis, 15 September 2011

KARAM DI HATI



anaklah kerbau kacukan sapi
makan rumput di tanah jawa
mulut tak hangus berkata api
berbudi bahasa penyeri jiwa

berkolek menuju ke tanah jawa
bawa muatan berpeti-peti
panas bertahun tak kemarau jiwa
hujan sehari lemas di hati

megah jalak si ayam kampung
hanya berkokok di dalam reban
petir berdentum kilat bersabung
dunia hancur di tapak tangan

lebatnya buah pokok kelapa
sayang jatuh pula di pangkal
orang berilmu panjang sedepa
tokwan hanya ilmu sejengkal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan