Sabtu, 10 September 2011

JASA MU GURU


Kau adalah lilin cinta
sentiasa memberi cahaya
kau adalah pelita harapan
menerangi kegelapan
penyuluh hala tujuan


kau adalah sang suria

menerangi alam semesta

kau insan berhati keramat
laksana terang lampu hikmat
menyinari jalan tanpa penamat

jika tanpa petunjuk mu
dunia ini akan terus malap
dunia ini akan bertambah kelam
dunia ini akan menjadi suram
gelita tanpa cahaya di waktu malam

jasamu seluas lautan
jasamu sesayup awan
jasamu tak mengerti sempadan
jasamu sepanjang laluan jalan
jasamu meredah merentasi zaman

apa sahaja panggilan
apa sahaja gelaran mu
ustaz, cikgu atau pun guru
mendidik tanpa mengenal jemu
tumpah keringat menabur ilmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan