Jumaat, 16 September 2011

HATI DAH KASIH




pohonlah selasih ditimpa pauh
patah terkulai menghala ke kali
nak diharap kasih orang yang jauh
orang dekat pun tak ambil peduli

kait pinang di pangkal mayang
galah panjang patah di tangan
hendak dirindu orang tak sayang
cuma memuja dalam bayangan

padi masak menguning di seberang
tempat pipit mencari makan
apalah diharap kasihnya orang
tiada yang sudi hendak temankan

masak rendang dalam kuali
harum berbau daun selasih
di depan mata tak ambil peduli
orang yang jauh di hati dah kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan