Pahitlah peria terkena baja
dibawalah orang didalam perahu
Beginilah diri kembara senja
kemana berkelana orang nak tahu
kelat rasanya putik mengkudu
diperam orang bawah kuali
sedih dihati dek kerana rindu
orang disayang tak ambil peduli
budak budak memakai kain
di tengah laman bermain gasing
kalau terlepas ketangan lain
sedikit pun tidak merasa runsing
di tepi laman bertanam serai
bawah teduh pokok mengkudu
rindukan isteri sudah terlerai
pada yang lain pula dirindu
banyak barang di atas para
bukan senang hendak dipunggah
walaupun diri selalu kembara
di tempat keji langsung tak singgah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan