sambung galah tiada berpaku
untuk mengait buah kelapa
apa kesalahan serta dosaku
ketika lalu tak mahu menyapa
menebas kebun di tepi rimba
kebun bertanam si pokok lada
siapa sudi memandang hamba
rupa nan buruk harta pun tiada
bawa bekal jatuh tersangkut
habis tertumpah sigulai kerang
diriku umpama bagai melukut
budi tiada bahasa pun kurang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan