Jumaat, 16 September 2011

HAMBA BELACU





makan nasi bersuapkan sudu
di sisi bilik penjuru berbucu
ku tenun benang kain baldu
rupanya hanya sehelai belacu

nyior gading di tepilah muara
habis tenggelam di air pasang
ku sangka lembut kain sutera
rupanya kain buruk yang usang

terbang di paya burung kedidi
berhenti rehat di tepilah ladang
ku semai padi harap menjadi
rupanya bertukar lalang sebendang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan