Jumaat, 16 September 2011

BILA DAH SENJA



di tengah laman tabur selasih
hanyut dik air tepi telaga
merajuk hati pada yang kasih
isteri dah tua disayang juga

buah cempedak kena kelarah
jatuh selerak ditepi khemah
manakan isteri selalu tak marah
sebab dah jarang balik ke rumah

selagi ada beras selagi itu ditanak
bila kehabisan berlaparlah saja
kasih isteri pada anak-anak
suami rasa tak dapat bermanja

seronok menyambut hari lebaran
kanak-kanak bermain di tengah laman
berumah tangga perlu kesabaran
saling bermaafan, rumahtangga aman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan