Jumaat, 16 September 2011

BERUMAHTANGGA



seronok menyambut hari lebaran
kanak-kanak bermain di tengah laman
berumah tangga perlu kesabaran
saling bermaafan, rumahtangga aman

pergi ke pekan membeli cuka
dibuat kuah mencicah kerang
kalau isteri bermasam muka
baik keluar elakkan perang


pergi menajak disawah bendang
benih padi dibakul keranjang
kalau isteri dah tak meradang
biar daku pula merajuk panjang

kainlah buruk diperah-perah
lalu dibuang dalam tong sampah
kalau selalu marah-marah
suami pun naik menyampah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan