Jumaat, 16 September 2011

SEDU



Merdu suara bak buluh perindu
kokok si jalak mendayu-dayu
dengarlah suara hati yang rindu
tangis dan sedu merayu-rayu

Hutan rimba semak belukar
tempat unggas pelbagai burung
hidup bagai di dalam sangkar
mata terlepas badan terkurung

merumput laman dengannya keri
ralit mengeri sampai kemalam
puaslah sudah senyum diberi
nampak manis pahit di dalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan