Jumaat, 16 September 2011

KESETIAAN


 
tersisip pinggang pisau belati
hulu bertempa tembaga suasa

sahabat sejati seikhlas hati

hati setia sepanjang masa


kail berduri disambar toman

ku tarik kuat direntap gagah

puaslah sudah menanti teman

namun tiada sudi menyinggah


mak limah menumbuk emping

mata mengantuk asyik menguap

kalaulah ada kekasih di samping

hendak rasanya makan bersuap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan