Khamis, 1 Mac 2012

SELENDANG PELANGI


Ku berlari mengejar pelangi
di awangan sebalik tabir bayangan senja

semakin kusam di bilas titisan gerimis
biar ku corakkan semula warna jalur mu
agar tampak indah di mata tika dipandang

Akan ku lipat kemas serapi-rapinya
untuk dibawa pulang sebagai hadiah buat mu
duhai kekasih untuk dijadikan selendang
dan sebahagiannya akan ku lilitkan di tubuh
menjadi ikatan simpulan kasih kita yang kian pudar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan