Jumaat, 16 September 2011

TAMAN SELASIH



Di mana hendak tanam selasih
benih selasih terbang melayang
dimana teman yang aku kasih
entah pudar kasih dan sayang

di mana hendak tanam selasih
benih melayang dari seberang
ke mana hilang teman ku kasih
tinggallah aku merana seorang

di mana hendak tanam selasih
benih selasih melayang-layang
ke mana teman yang aku kasih
tinggallah aku memuja bayang

di mana hendak tanam selasih
benih melayang di waktu senja
hilang sudah hati mengasih
tiadalah lagi tempat bermanja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan