Selasa, 19 Mac 2013

WAJAH AYU BERHATI HITAM



Licinlah kayu jika diketam
bingkai dinding dialas tabir
wajah ayu berhati hitam
bicara bisa mainan di bibir

licinlah kayu kerana di ketam
nampak berkilat kemas sentiasa
memang dah tahu berhati hitam
dik kata bicara bercanggah rasa

sungguh keras si batang kayu
jika ditetak dengannya parang
puaslah sudah memujuk rayu
puas digilap tak juga terang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan