Jumaat, 16 September 2011

ASAM GARAM KEHIDUPAN




 Kapal belayar di tengah selat
di bawah sinar cuaca redup
pahit manis masam dan kelat
sering dilalui di dalam hidup
kapal belayar ke Pulau Kerang
bawa muatan barang rahsia
ketawa ramai menangis seorang
sudah menjadi adat manusia
kapal belayar ke Muara Tanjung
memunggah muatan si kayu jati
sedih derita yang aku tanggung
biarlah terpendam di dalam hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan