Ahad, 11 Disember 2011

RESEPI RENCAH KEHIDUPAN


Rencah kehidupan bersilih ganti
beranika cita & rasa diselami
pelbagai dugaan ditempuh
bermacam ragam dirempuh

kebahagian selalu di nanti
kesusahan pula sering hampiri
nikmat yang datang belum tentu lazat
sengsara bertandang tak pasti melarat

hari ini manis lemak bergula madu
esok masam bercuka & sepahit hempedu
kelmarin duka resah melambai tenang
lusa gembira riang melamar bimbang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan