Kuala Perlis pergi ke Kedah
singgah sebentar di Kuala Pulai
gelombang laut dapat diredah
tapi tumpas dek bayu gemulai
diwaktu pagi mencari kayu
lalu dibakar panas membara
berkocak air kerana bayu
berdetik rindu di hati lara
Panggang pari bakarkan kayu
dijadikan bara biar menyala
pantai tak hakis di hembusan bayu
tetapi berubah dek badai menggila
pasak rumah berbaji pahat
kayu jati di dalam perahu
riak di mata dapat dilihat
andai di hati Allah yang tahu
mengail ikan di Seberang Takir
membakar udang bercicahkan lada
hati yang rawan bawa berzikir
iblis dan syaitan tak kan menggoda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan