Jumaat, 16 September 2011

BERPANTUN SAJA-SAJA SUKA


Ahmad Harun


sebak gadis berhati sayu
kekasih pergi puas ditangisi
pantun warisan seni melayu
orang muda bakal mewarisi

Si itik serati bersama angsa
sedang makan di tengah laman
seni budaya warisan bangsa
perlu diwarisi zaman ke zaman

berdarah di kaki digigit pacat
dibubuh abu sikayu sena
tempang di kaki ternampak cacat
di hati luka badan merana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan