Jumaat, 16 September 2011

KENANGAN LAMA


Ahmad Harun

tangkap lokan dan juga kepah
untuk dimasak berasam cuka
bila lagi nak kunjung ke Tapah
Sudah lama tak tengok muka

menjual peria didalam kotak
didalam bakul terdapat lada
walaupun kini saya dah botak
masih ensem manis pun ada

balik bendang di waktu senja
bawa balik ikan cencaru
kenangan lama simpankan saja
bukalah saja lembaran baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan