Jumaat, 16 September 2011

TETAPAN HATI



tegap rumah kerana sendi
tiang cengal tegak berpasak
cantiknya diri nilaian budi
peribadi mulia iman tak rosak

tersusun rapi dinding meranti
seteguhlah tiang si kayu jati
taqwa beriman amanah sejati
ikhlas dan setia murni di hati

bendul beralas kanan dan kiri
lantai tak gegar tika berjalan
zikir dan tahmid penyuluh diri
beramal ibadat buat bekalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan