Jumaat, 16 September 2011

ikhlas dan setia



cantik intan dik kerana suasa
emas permata sudah biasa
sopan santun berbudi bahasa
ikhlas dan setia sepanjang masa

pergi mengail si ikan cencaru
dapat seekor sebaya lengan
sudah dapat kawan yang baru
kawan lama dilupa jangan

manis bermadu air manisan
dibawa penjaja untuk jualan
berbuat baik sesama insan
menjadi teman seiring jalan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan