Jumaat, 16 September 2011

TAK SEINDAH MADAH PUJANGGA





sedaplah rasanya si ulam raja
campur ulaman daun pegaga
pantun ku ini biasa sahaja
tidak seindah kata pujangga

pergi ke bendang menajak disana
badan berpeluh mandi di telaga
bukanlah hamba yang bijaksana
sedaya upaya nak berpantun juga

cantik berseri kedua mempelai
senyuman manis tiadalah tara
walau pantun ku kurang bernilai
cukup sekadar menghibur lara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan