Jumaat, 16 September 2011

KASIH UMPAMA EMBUN



Saujana indah di Pulau Puput
banyak kelapa dan pohon sena
kasih laksana embun di rumput
terbit mentari hilang kemana

masak berlada berasam jawa
pedih terasa terpecik di mata
kasih sejemput taruhan jiwa
bertambah mekar kerana harta

masak berinti di dalam pulut
sambil makan bergurau senda
cinta mainan hanya di mulut
habis harta tinggallah kanda

berpakat janji tidaklah lama
ikatan pertunangan dua insan
manusia mati tinggallah nama
ditulislah orang di batu nisan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan