Jumaat, 16 September 2011

JASA




hebat sungguh tuan berpantun
penuh bermakna indah bahasa
baik berbudi bersopan santun
taburkan jasa setiap masa

tuan memang orangnya kaya
selalu pula menolong orang
apalah ada padanya saya
budi sedikit bahasa pun kurang

banyak sungguh burung kedidi
mencari makan tak kira masa
ditepi paya tempat bersarang
semasa hidup kita berbudi
sentiasa membantu menabur jasa
walau dah mati dikenang orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan